Arham + Ardiana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amsyar Sulaiman ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 22, 2013

Amsyar Sulaiman 6 bulan

Amsyar Sulaiman genap 6 bulan, 17 April 2013.
Tapi baru hari ni p klinik untuk cek 6 bulan
Amsyar dicucuk 2 kali
satu di lengan, satu lagi d peha..
Amsyar diberi makan telur untuk cek samada alergik atau tidak dgn telur.
Alhamdulillah...
Amsyar tak alah dengan telur..
Berat : 7.2 kg
Tinggi : 66.5 cm

Umi sayang Amsyar tau..
Rindu sangat pada sayang..
Sayang membesar jadi anak yang baik ya.
Taat pada Allah
Taat pada Rasul
Taat pada Al-Quran
Taat pada ibubapa
Umi doakan Amsyar Sulaiman sentiasa sihat sejahtera..
mental dan fizikal..
Terhindar dari penyakit berbahaya dan terhindar dari sebarang malapetaka dan marabahaya...
Umi sayang sangat pada Amsyar Sulaiman bin Arham Saufi <3 <3 <3

Thursday, March 14, 2013

Amsyar Sulaiman 5bulan

Amsyar Sulaiman dah pandai buat begini tau... ^_^
Amsyar checkup klinik untuk umur 5 bulan pada 14 Mac 2013
Diberi satu suntikan di peha..

Berat : 6.4kg
Tinggi : 62.5cm

Amsyar sekarang dah kuat melompat lompat
Suka menjerit jerit (seolah olah bercerita)
Hisap jari kaki
Mengiring..

Bravo anak umi!
umi sayang Amsyar!
Semoga Amsyar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh..amin
Rindu sangat...

Saturday, February 23, 2013

Turutan Keutamaan Cinta

Perhatikan-->
Jadual rumusan susunan keutamaan dalam berbakti:

ANAK LELAKI
ANAK PEREMPUAN
Allah dan Rasul
Allah dan Rasul
Ibu sendiri
Suami
Ayah sendiri
Ibu suami
Isteri dan anak-anak
Bapa suami
Ibu mertua
Ibu sendiri
Ayah mertua
Ayah sendiri
Adik-beradik
Adik-beradik
Kaum kerabat
Kaum kerabat

Islam sudah meletakkan prioriti atau keutamaan dalam setiap perkara termasuk dalam konteks berkasih sayang. dengan berpaksi kepada panduan keutamaan ini, perasaan cinta dan sayang itu mampu disalurkan dengan jalan yang betul dan tidak melampau.

Kewajipan menjaga silaturahim bagi seorang anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Bagi anak lelaki, dia perlu mencintai Allah dan Rasul terlebih dahulu, kemudian ibunya, kemudian bapanya, selepas itu barulah dia boleh mengutamakan isteri dan anak anak.

Seorang wanita yang sudah berkahwin pula perlu melebihkan suami dan ibubapa suaminya mengatasi keluarga sendiri. Jika berlaku pertembungan antara kehendak suami dan ibubapanya, maka isteri perlu mengutamakan suaminya dahulu.

Pendek kata, perasaan kasih sayang itu perlu diselaraskan mengikut hukum, bukan mengikut rasa dan emosi yang membuta.

Sumber : Majalah Al-Ustaz , Isu No 11.


Doaku:

Ya Allah Ya Tuhanku
Jadikan hambaMu ini dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh...
Jadikan hambaMu ini sentiasa mudah dan senang untuk melaksanakan setiap perintah dan suruhanMu...
Jadikan hambaMu ini seorang isteri yang solehah,

Ibu yang mithali kepada anak anak, 

berbakti kepada kedua ibubapa mertua dan berbakti kepada kedua ibubapa sendiri..
Serta disenangi dan disegani di kalangan adik beradik, adik beradik ipar, serta seluruh kaum keluarga, rakan sekerja, rakan taulan dan seluruh umat manusia..amin

Tuesday, February 19, 2013

Amsyar 4 Bulan

Amsyar Sulaiman
Amsyar cekup klinik untuk umur 4 bulan 14 Feb 2012..
Berat : 6.2kg
Tinggi : 60cm

Sekarang Amsyar da pandai main.
Apa apa yg dia pegang dia akan masukkan dlm mulut.
Kalau berdiri, dia kuat melompat lompat..
Sangat suka tersenyum.
Jarang menangis..
Menangis cuma bila mengantuk dan lapar...
Kdg2 lapar pun dia xmenangis...
Anak yg sangat baik dan mengembirakan..

Sayang anak umi..
Semoga membesar menjadi anak yg cergas dan cerdas ya sayang..
Jadi anak yang soleh dan insan yg berjaya dunia akhirat..
Semoga Amsyar sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dihindari dari segala penyakit yg berbahaya....
Amin....

Thursday, January 17, 2013

Amsyar Sulaiman 3 Bulan

















Berat : 5.6kg
Panjang : 58.2cm
Diberi satu suntikan di peha.
Amsyar teriak sekali, lepas tu berhenti..

Amsyar Sulaiman,
Semoga terus membesar dengan sihat
Sihat mental dan fizikal
Jadi anak soleh
Patuh pada Allah
Patuh pada Rasul
Patuh pada Al-Quran
Patuh pada ibubapa
Berjaya di dunia dan akhirat....
Amin ya rabbal alamin

Friday, January 11, 2013

Amsyar Sulaiman is 2 Months 3 Weeks & 5 Days old today

I Miss my Amsyar Sulaiman.... T_T
Semoga Amsyar jadi anak yang tabah..
Umi love you so much...

Thursday, January 10, 2013

Umi Minta Maaf sayang

Amsyar Sulaiman
Anakanda tersayang
Umi rindukan Amsyar
Umi minta maaf
Umi terpaksa tinggalkan Amsyar pada datuk dan nenek
di saat Amsyar masih menyusu badan dan masih sangat manja dengan umi
Umi minta maaf sayang
Umi tinggalkan Amsyar sebab umi sayangkan Amsyar
Umi rasa Amsyar lebih selamat dengan datuk,nenek dan makcik pakcik
Umi tak tau macamana nak bawa Amsyar ke sini..
Umi terumbang ambing di sini
Tak ada keselesaan untuk Amsyar
Diri umi sendiri pun tidak terurus di sini
Makan, tempat tidur, minum, kesihatan, dan segalanya umi tak peduli
Yang umi tau, umi di sini hanya untuk berkerja..
Tak ada kebahagiaan
Tak ada keselesaan
Tak ada semangat
Umi cuba kuatkan semangat datang bekerja di sini
kerana Umi percaya Umi akan berpindah ke Sabah tahun ni
Umi akan berada di samping Amsyar dan abi
Umi akan menjaga Amsyar dan abi
InsyaAllah...

Umi doakan Amsyar menjadi anak yang tabah
Umi doakan Amsyar sihat mental fizikal
walaupun hanya dapat menyusu susu umi selama 2 bulan..
Umi minta maaf sayang
Umi minta maaf sayang
Umi minta maaf sayang

Hati umi hancur bila membaca kebaikan susu ibu
Hancur kerana umi tak dapat berikan yang terbaik untuk sayang
Tiada siapa yang akan mengerti..
Betapa sengsaranya hati umi bila memerah susu yang masih banyak
tapi sayang tak dapat menyusuinya
Susu untuk Amsyar banyak
tapi Amsyar terpaksa minum susu tambahan
Ya Allah Ya Tuhanku
betapa hancurnya hati ku...

Ya Allah Ya Tuhanku
Bantulah kami Ya Allah
permudahkanlah permohonanku untuk bertugas di Sabah di luluskan
berada di samping anak dan suami tercinta
berkhidmat untuk anak bangsa dan keluarga sendiri tidak terabai..
Permudahkan la Ya Allah
Hanya Engkau yang boleh membantuku...
Permudahkanlah Ya Allah...
Aku mohon sepenuh hati...
Permudahkan lah Ya Allah....
Amin ya rabbal alamin