Arham + Ardiana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amsyar Sulaiman ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, February 23, 2013

Turutan Keutamaan Cinta

Perhatikan-->
Jadual rumusan susunan keutamaan dalam berbakti:

ANAK LELAKI
ANAK PEREMPUAN
Allah dan Rasul
Allah dan Rasul
Ibu sendiri
Suami
Ayah sendiri
Ibu suami
Isteri dan anak-anak
Bapa suami
Ibu mertua
Ibu sendiri
Ayah mertua
Ayah sendiri
Adik-beradik
Adik-beradik
Kaum kerabat
Kaum kerabat

Islam sudah meletakkan prioriti atau keutamaan dalam setiap perkara termasuk dalam konteks berkasih sayang. dengan berpaksi kepada panduan keutamaan ini, perasaan cinta dan sayang itu mampu disalurkan dengan jalan yang betul dan tidak melampau.

Kewajipan menjaga silaturahim bagi seorang anak lelaki tidak sama dengan anak perempuan. Bagi anak lelaki, dia perlu mencintai Allah dan Rasul terlebih dahulu, kemudian ibunya, kemudian bapanya, selepas itu barulah dia boleh mengutamakan isteri dan anak anak.

Seorang wanita yang sudah berkahwin pula perlu melebihkan suami dan ibubapa suaminya mengatasi keluarga sendiri. Jika berlaku pertembungan antara kehendak suami dan ibubapanya, maka isteri perlu mengutamakan suaminya dahulu.

Pendek kata, perasaan kasih sayang itu perlu diselaraskan mengikut hukum, bukan mengikut rasa dan emosi yang membuta.

Sumber : Majalah Al-Ustaz , Isu No 11.


Doaku:

Ya Allah Ya Tuhanku
Jadikan hambaMu ini dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh...
Jadikan hambaMu ini sentiasa mudah dan senang untuk melaksanakan setiap perintah dan suruhanMu...
Jadikan hambaMu ini seorang isteri yang solehah,

Ibu yang mithali kepada anak anak, 

berbakti kepada kedua ibubapa mertua dan berbakti kepada kedua ibubapa sendiri..
Serta disenangi dan disegani di kalangan adik beradik, adik beradik ipar, serta seluruh kaum keluarga, rakan sekerja, rakan taulan dan seluruh umat manusia..amin

Tuesday, February 19, 2013

Amsyar 4 Bulan

Amsyar Sulaiman
Amsyar cekup klinik untuk umur 4 bulan 14 Feb 2012..
Berat : 6.2kg
Tinggi : 60cm

Sekarang Amsyar da pandai main.
Apa apa yg dia pegang dia akan masukkan dlm mulut.
Kalau berdiri, dia kuat melompat lompat..
Sangat suka tersenyum.
Jarang menangis..
Menangis cuma bila mengantuk dan lapar...
Kdg2 lapar pun dia xmenangis...
Anak yg sangat baik dan mengembirakan..

Sayang anak umi..
Semoga membesar menjadi anak yg cergas dan cerdas ya sayang..
Jadi anak yang soleh dan insan yg berjaya dunia akhirat..
Semoga Amsyar sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dihindari dari segala penyakit yg berbahaya....
Amin....