Arham + Ardiana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amsyar Sulaiman ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, August 13, 2011

MBF Forever..(=

baru sebentar tadi ternampak entri kawan tentang ni..(=
teringat kenangan lama..
MBF --->  My Best Friend + Forever
Rindu sangat dengan mereka..
Kawan Baik sejak sekolah menengah..
Yan & Uyai 

Uyai @ Rolita Nurul Hamiza Md. Ihsan
dia ni saya kenal masa sekolah rendah. tapi masa tu saya sangat benci dia. sebab mata dia sangat tajam menjeling. bagai menusuk jiwa saya. sakit hati tau. Mata dia lebih tajam dari padang.. tapi bila da rapat dengan dia, baru saya tau yang sebenarnya dia menjeling tu bukan sengaja. mata dia memang begitu. hehe. saya mula rapat dengan dia masa tingkatan 1.  dia ni sebenarnya sangat baik. kalau tak kenal memang akan anggap dia sombong. teringat 1 peristiwa masa kami tingkatan 1 dulu. ada 1 kakak senior sangat benci dengan dia gara2 mata dia yang kuat menjeling. masa kami p makan, tetiba kakak tu cakap dengan keras sekali, 'saya cucuk mata ko dengan garfu. macam ko saja ada mata'. kami pun tekejutla. tapi mcm biasa respon c uyai ni, dia jeling balik ja kakak tu. tambah2 lah sakit hati kakak tu. sejak hari tu, kakak tu memang sangat tidak suka dengan dia. dia ni malas sikit mau bergerak. malas mau p makan. suka tidur saja. selalu betul escape. tapi dia ni kaki novel tau. sangat suka baca novel. dia juga sangat terer matematik. tak suka dengan "Arham" masa tu sebab selalu kalahkan dia math.hehe. oya, dia ni peminat warna Hijau. Dan menjadi kegilaan jejaka. Cantikkk... but, biasalah uyai..xda perasaan. dia xlayan peminat2 dia tu. cuma seorang saja yang betul2 dia suka, tapi sayangnya, orang tu tak minat dia pula. Dia ni sangat cool dan jelita. (=

Yan @ Nurul Jihan M'sduki
Yan ni saya kenal masa tingkatan 1. masa tu dia lewat masuk sekolah. sebab keluarga dia baru berpindah dari Beluran kalau tak silap. Dia cakap dia ni xda keputusan UPSR. Sebab ada masalah sikit di sekolah dia. Kalau tak, mesti dia dapat 5A kan? sebab dia ni teror.. Mula rapat dengan dia masa tingkatan 3. masa kelas tambahan. sejak hari tu, kami menjadi sangat rapat. selalu p makan sama2. nak ajak p makan cuma jerit saja dari hujung blok ke hujung blok.hebat! hehe. teringat dia cakap masa kami odw ke dewan makan dari blok J. 'ana, masa saya kawin nanti ko datang tau..walaupun masa tu saya di semenanjung sudah. Saya pun akan datang masa ko kawin'. Masa form 4, dia dapat tawaran ke SBP di Kota Kinabalu. Saya sangat sedih dia mau pindah. Saya bagi dia pen warna pink sebab dia ni hantu pink. tapi last2 dia balik juga p sekolah asal. dan saya pun minta balik pen itu.hahaha. dia juga sangat suka siti nurhaliza. saya suka nyanyi lagu siti tapi selalu kena marah dengan dia sebab saya xhafal lirik. dia cakap saya merosakkan lagu siti.hehe. banyak kenangan dengan dia ni. pernah satu malam asrama xda air. kami sangat haus. saya dengan dia p cari air untuk minum, tapi xda. yang ada hanya air dalam hos hitam ke kolah. kami angkat dan terbalikkan hos hitam itu dan tadah denga gayung, pastu dapat sikit air, kami minum. fuh! saya juga selalu p mesyuarat Pengakap di Mat Salleh dengan dia. Masa Form 5, pernah ikut perkhemahan pengakap daerah dengan dia, buty n ainul dengan kamarul dan al nizam. masa tu, tidur dalam khemah yang penuh air sebab hujan xberhenti2. nampak juga kamarul hampir lemas di sungai itu. sangat menakutkan. nasib masih panjang umur. Fuh! dia ikut debat sampai peringkat kebangsaan tau. masa dia p berdebat di kebangsaan, dia ada belikan gelang tangan untuk saya dan uyai. sampai sekarang saya masih simpan gelang itu di rumah. bofren saya masa tu kol saya via telefon dia.hehe.. masa dalam bilik study geng POOH, dia suka sangat sembang tentang kawin dengan mimie sambil main rambut.. Dia ni sangat Happy Go Lucky dan comel..(=

Sekarang saya mengerti erti persahabatan. Sangat seronok mempunyai kawan2 yang baik. Saya sangat sayang mereka berdua. Saya minta maaf kalau dulu saya kurang melayan, banyak buat silap, dan kadang2 kasar.. Maafkan saya.. MBF Forever...

No comments:

Post a Comment