Alhamdulillah..malam ni ada free sikit. Jadi bolehlah update belog saya yang dah berkarat ni. Sebenarnya, lama sudah teringin mau menulis tentang perjalanan ke Sabah ni, malah sangat berkobar-kobar sebab sangat sayangkan kenangan Percutian di Sabah bersama rakan-rakan (Ani, Aya, Naa, Fit, Aisah n Along). Sangat seronok! Ok, enjoy read the moment^^
30 JANUARI 2011 (AHAD)
Kami bertolak ke Miri menggunakan Bas tepat pada jam 2 pm dengan tambang rm25. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan sampai ke destinasi, Terminal Pujut Miri pada jam5.30. Sepanjang perjalanan ke Miri, bas berhenti beberapa kali untuk mengambil dan menurunkan penumpang termasuk sekali berhenti di Terminal Batu Niah. Sampai di Terminal Pujut, kami meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Miri menggunakan teksi dengan tambang rm26 yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.
Di Lapangan Terbang Miri, kami menunaikan solat Asar dan solat jamak Maghrib Isya’. Kami juga mengalas perut dengan makanan MarryBrown yang ada d situ. Sementara menunggu flight kami jam 10.45pm, kami duduk melepak di kerusi sambil merakam gambar kenang-kenangan.
Tepat jam 10.45pm, flight kami berlepas ke Kota Kinabalu dan mengambil masa selama lebih kurang 50 minit untuk sampai. Alhamdulillah.. Sampai di Kota Kinabalu, c dia sudah bersedia menunggu dengan kereta avanza yag kami sewa rm180 (sehari) x 4 hari.
31 JANUARI 2011 (ISNIN)
Destinasi pelancongan kami yang pertama ialah ke pulau sekitar Kota Kinabalu. Mulanya kami plan mau p satu pulau saja, iaitu Pulau Manukan. Sampai di Jesselton Point, kami disapa oleh seseorang yang mempromosi kepada kami perkhidmatan mereka. Katanya, mereka boleh membawa kami ke tiga buah pulau (Pulau Mamutik, Pulau Manukan, Pulau Sapi) dengan membayar RM250 (Kira cater bot la). Kami tanpa berfikir panjang, terus setuju dengan orang itu. Alang2 sudah kan..Kalau mau bercuti, bercutilah betul2. Lagipun kami ramai. 7 orang. So, RM250 tu tak terasa sangat. Selepas itu, orang itu bawa kami p daftar untuk tarif fee dan service charge rm7.20 seorang. Kalau ada kad pelajar, boleh dapat rm3.60. Selepas itu, kami p sewa life jacket dan peralatan untuk snorkeling, rm15. Boleh guna untuk 3 buah pulau terus. Setelah segala urusan di terminal ferry selesai, kami terus dibawa menaiki bot dan destinasi pertama kami adalah Pulau Mamutik.Taklah jauh sangat. Dalam 10 minit je naik bot. Best naik bot…
Sampai di Pulau Mamutik, kami terus cari makanan. Malangnya, café d Pulau Mamutik ada 1 saja. Itu pun di tutup sebab di reserve oleh orang lain. Aduh..laparnya. Kami hanya dapat membeli minuman dan biskut di kedai runcit sebelah café. Selepas mengisi perut ala kadar, kami mula masuk ke laut. Dasar laut pulau Mamutik memang sangat cantik. Sukar digambarkan dengan kata2. Kita boleh berenang dengan ikan2 berwarna warni termasuk ikan nemo. Berpeluang merasai keindahan batu karang, menyentuh gamat hidup, berenang bersama ikan dan melihat ikan pari.Kami juga turut berpeluang menyentuh ikan2 sambil bagi ikan makan roti yang diberi oleh orang d jeti secara percuma. Wah! Sangat cantik..Subahanallah..Sungguh indah ciptaan Allah SWT..Terleka dengan keindahan dasar laut di Pulau Mamutik sehingga tak sedar kaki dah cedera terpijak batu karang. Perutpun da kenyang minum air laut tapi semua itu langsung tak menghalang kami dari terus menghayati dasar laut yang sungguh mempesonakan itu. Nasib baik juga ada dua insan (lelaki) yang baik hati membawa kami menghayati dasar laut itu dengan lebih jauh ke tengah laut. Semakin jauh dari pantai, semakin indah pemandangannya.Subahanallah…
Jam11.30, kami naik dan bersedia untuk pergi ke Pulau seterusnya à Pulau Manukan. Dalam lebih kurang 5minit dari pulau Mamutik, kami sampai di Pulau Manukan.Sampai saja d Pulau Manukan, kami terus mencari tempat makan.Alhamdulillah, di Pulau ini lebih banyak tempat untuk menjamu selera. Saya terus memesan nasi putih dengan 2 lauk dan satu sayur.Harga lebih kurang rm6 (kalau xsilap.lupa daa). Makanannya, bolehlah.sedap jugalah.
Pulau Manukan tidak kurang cantiknya dengan Pulau Mamutik. Pasir pantai yang putih dan air laut yang jernih dan sangat mempesonakan. Pulau Manukan lebih besar berbanding Pulau Mamutik. Tanpa membuang masa, kami masuk ke dalam laut dan mencari2 dasar laut seperti di Pulau Mamutik. Kecewanya apabila dasar laut di Pulau Manukan tak secantik Pulau Mamutik. Ikan2 tetap banyak dan besar2 cuma tak berwarna warni. Bagi saya, Pulau Manukan lebih luas dan lebih dalam dasar lautnya. Sangat sesuai untuk buat Sukan Air.
Setelah puas ber’snorkeling d Pulau Manukan, kami naik ke jeti dan bersedia untuk ke pulau seterusnya à PULAU SAPI. Apabila berada di atas jeti, saya melihat ke sebelah kanan jeti dan mendapati ikan2nya cantik2. Boleh nampak ikan todak berwarna warni juga.Alamak! Rasa rugi pula sebab kami telah ber’snorkeling di tempat yang salah tadi. Tapi xpala..ada satu pulau lagi…
Jam2.30 pm, kami dibawa ke Pulau Sapi oleh bot yang kami cater. Pulau Sapi agak jauh dari 2 pulau yang sebelumnya. Mengambil masa lebih kurang 20minit untuk sampai dari Pulau Manukan. Pasir pantai d Pulau Sapi lebih cantik berbanding dengan pulau2 yang sebelumnya. Pantainya teduh dan terlindung dari teriknya matahari dan pasir pantainya lebih besar dan lebih tebal. Kata orang, dasar laut di Pulau Sapi lebih indah berbanding dengan Pulau Mamutik dan Pulau Manukan. Tapi, setelah puas menjelajah dasar laut Pulau Sapi, sejujurnya, saya lebih suka dasar laut Pulau Mamutik. Di Pulau Sapi, ada banyak ikan sebesar lengan. Tapi kebanyakannya ada satu warna saja.warna kuning. Tapi Pulau Sapi tetap best la!
Akhirnya, setelah penat bersnorkeling, kami pun balik ke tanah besar pada jam 4.30pm lagipun langit da mula mendung dan ombak dah mula besar. Alhamdulillah..sangat enjoy trip ke Pulau2 ini..( Pulau Mamutik à Pulau Manukan à Pulau Sapi). Berbaloi baloi…(=
1 FEBRUARI 2011(SELASA)
Pagi ini cuaca sangat baik. Seawal jam 7.00am, kami memulakan perjalanan ke Ranau dengan bacaan doa semoga selamat dan dipermudakan segala perjalanan. Kami mentopup minyak d stesen minyak shell, rm45. Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Ranau melalui Menggatal, Telipok, dan Tamparuli. Dari Tamparuli, kami sudah dapat melihat Gunung Kinabalu yang tersergam gagah. Lebih kurang 2jam kami sampai ke Kinabalu Park. Kami masuk ke Kinabalu Park dengan bayaran rm3. Kami berkereta sehingga ke hujung. Mula2 rasa seram juga dengan jalannya yang berbukit dan sempit. Tapi oleh kerana semangat ingin tahu tu tinggi, kami teruskan perjalanan sehingga ke hujung. Kinabalu park ni tempat orang memulakan pendakian ke gunung kinabalu. Cuaca d Kinabalu Park memang sangat sejuk dan nyaman. Pemandangan pun sangat indah tapi malangnya, kami sampai agak lewat dan Gunung kinabalu mula ditutupi kabus.
Kami teruskan perjalanan ke Rose Cabin.Ingatkan banyak Rose di situ, tapi sangkaan kami meleset apabila mendapati bahawa tempat itu adalah tempat penginapan dan rose rosenya masih dalam rawatan di nursery. Kami teruskan lagi perjalanan ke Strawbery Garden. Di sini kami nampak banyak strawberry dan bunga2 rose juga banyak. Sempat juga bergambar di sini.(=
Seterusnya, kami teruskan lagi perjalanan menuju ke pekan Kundasang. Sampai d Pekan Kundasang, perut telah mula berkeroncong dan kami memutuskan untuk singgah makan di kedai makan (lupalah pula nama tempat tu..).Tapi makanan terutama sup di sini sangat sedap! <3
Selepas mejamu selera, kami terus menuju ke War Memorial Kundasang dengan bayaran masuk rm3. Tempat ini terletak di tengah pekan Kundasang dan betul2 depan tempat kami menjamu selera tadi. War memorial kundasang ada beberapa tingkat. Setiap tingkat mempunyai pemandangan/ suasana yang berbeza mengikut taman yang dicipta. Di sana ada Taman Australia, Taman Borneo dan banyak lagilah. Di tingkat paling atas, dibina tugu memperingati mereka2 (orang putih) yang terkorban semasa kawad maut dari Sandakan ke kundasang pada perang dunia ke 2(kalau xsilapla :p). Pastu, keluar di hujung tingkat paling atas itu, kita akan melihat pemandangan yang sangat indah. Sayangnya, gunung kinabalu masa tu sudah penuh ditutupi kabus. Sebelum ke destinasi seterusnya, kami sempat merakamkan gambar kenang-kenangan bersama pengasas Kundasang War Memorial tersebut. Dia sangat low profile. Dia juga jaga tiket di pintu masuk. Tapi kami nampak gambarnya di dalam ruang pameran memorial tu.
Setelah puas meneroka Kundasang War Memorial, kami bergegas ke Desa Cattle pula. Kereta Avanza yang kami sewa terpaksa bersusah payah mendaki bukit sempit dan melalui jalan grabel untuk sampai ke Desa Cattle atau juga dikenali sebagai Ladang Tenusu. Sebelum masuk, seperti biasa kami kena membayar rm3. Setelah itu kami melawat sekitar ladang itu. Pemandangan di sini memang sangat cantik. Banyak lembu yang berwarna hitam putih dan juga sekawanan burung bangau terbang sangat menarik perhatian. Malangnya, bau busuk tahi lembu menusuk hidung. Namun itu semua langsung tidak mencacatkan keghairahan kami berada di sana. Di sini, kami berpeluang ,melihat sendiri bagaimana susu segar itu diproses dan dipek ke dalam kotak. Tempat jam 3pm, lembu2 itu dihalau masuk ke dalam kandang untuk diperah susu. Lembu2 itu kelihatan sangat berdisiplin dan langsung tak melawan apabila diminta beratur. Apabila puas melihat lembu2, kami memutuskan untuk balik ke Ranau. Sebelum balik, kami membeli beberapa kotak susu segar berperisa coklat dan original. Sekotak susu segar 500ml berharga rm2.50, dan 1liter berharga rm4. Memang sedap dan fresh! Saya juga sempat membeli satu pasu pokok bunga rose merah dan satu pasu pokok bunga lily yang juga berwarna merah untuk ditanam di rumah.
Lebih kurang jam 4.30pm, kami selamat sampai ke Ranau. Sebaik sampai di Pekan Ranau, kami terus ke CIMB bank untuk mentopup dompet yang sudah mula kering. Selepas itu kami ke KFC Ranau sebelum ke masjid Ranau untuk menunaikan solat jamak asar zuhur. Sebelum balik ke rumah, kami singgah d Pasar untuk membeli sayur dan singgah untuk membeli baju di Milimewa Supermarket. Alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah Minihas lebih kurang jam 7.30.
2 FEBRUARI 2011(RABU)
Selepas mandi pagi, kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama kami pada hari ini iaitu Poring Hot Springs. Setelah membayar bayaran masuk rm3, kami masuk ke dalam. Perjalanan pertama kami ialah meniti di atas jambatan sungai mamut. Kelihatan Sungai Mamut sangat deras. Maklumlah..Ranau masa ni musim hujan. Selepas itu kami terus menuju ke kolam air panas. Apabila sampai kolam air panas tu hujan mula turun renyai2. Kami terus menuju ke pondok yang terdekat dan menunggu hujan teduh. Alhamdulillah, hujan turun sekejap saja. Dalam 5 minit. Selepas itu kami teruskan perjalanan ke Canopy Walk. Sebelum masuk, kami kena bayar rm3 seorang dan rm5 untuk satu kamera. Perjalanan ke kanopi terpaksa melalui jalan hutan naik bukit. Ala2 jungle treking mcmtulah. Kanopi walk tu memang tinggi. Bagi sesiapa yang gayat, baik jangan pigi. Orang yang jaga tu kata, sampai ada orang yang terkencing, terberak dan langsung tak berani lalu. Tapi kami, ok la..bolehla dikatakan berani.hihi. Ketinggian kanopi tu, 38.5m. Ada 4 kanopi walk dan jambatan yang ketiga itu paling panjang berbanding yang lain. Sebenarnya, ada lagi kanopi yang lebih tinggi iaitu dalam 48m tinggi, tapi masa tu ditutup sebab masih diselenggara.Selepas meniti jambatan kanopi, kami menuju ke kedai menjual kraftangan di luar. Di sana, banyak barangan kraftangan dijual dan boleh dibeli dengan harga serendah 50 sen.
Setelah puas membeli kraftangan dari Poring, kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Luanti untuk bermanja dengan ikan2 air tawar pula. Dengan membayar rm5 seorang dan membeli makanan ikan 7 bungkus (20sen sebungkus) kami dibenarkan merendam kaki ke dalam sungai Moroli selama 15 minit sambil diurut oleh ikan2 air tawar yang besar2. Lebih besar dari lengan pun ada. Best! Tapi memang geli sangat bila ikan2 itu mula ‘mengurut’. Sangat banyak ikan yang berkerumun di sekeliling kaki kami bila kami beri makanan.
Sebelum kembali ke Kota Kinabalu, kami singgah di Ladang Teh Sabah yang terkenal dengan produk ‘Sabah Teh’ yang simpang masuknya terletak lebih kurang 50m dari kawasan sungai moroli. Ladang Teh Sabah memang luas dan berbukit-bukit. Tapi pemandangannya tidaklah secantik yang disangka kerana musim menuai sedang dijalankan. Kami memutuskan untuk minum teh di sana. Sejag teh untuk 10 orang berharga rm10.wah..mahal jugalah..
Puas bergambar di Ladang Teh, kami meneruskan perjalanan ke pekan Ranau. Kami singgah makan dan meneruskan perjalanan balik ke KK. Dalam perjalanan, kami singgah di Pekan Nabalu untuk membeli barangan cenderamata. Malamnya, kami membeli belah di pasar malam KK. Sangat banyak perhiasan (gelang, cincin, kerongsang,rantai terutamanya) yang dijual disini. Mutiara juga sangat murah dan kita boleh tawar harga sehingga harga yang termurah sekali.
3 FEBRUARI 2011 (KHAMIS)
Dalam jam 8am, kami bertolak ke Bandaraya Kota Kinabalu. Destinasi pertama kami adalah mengisi perut. Selepas mengisi perut dengan makanan, kami menuju ke pasar Filipin. Kami membeli makanan (amplang dan ikan bilis) disana dan kawan2 juga masih belum puas membeli mutiara.
Kami menuju ke Muzium Sabah dalam lebih kurang jam 10. Bayaran masuk ke Muzium sepatutnya rm2, tetapi sebahagian ruang muzium ditutup dan bayaran masuk dikurangkan kepada rm1. Selepas melawat muzium, kami ke kampung warisan yang masih terletak dalam kawasan muzium. Tetapi kami tidak mengambil banyak masa di sini kerana masing2 sudah kepenatan dan masih ada satu destinasi terakhir à 1BORNEO. Sebelum ke 1Borneo, kami ke Wisma Merdeka dulu. Tapi alangkah terkejutnya bila mendapati pintu utama Wisma Merdeka itu tutup.Hebat sungguh penangan CNY di Bandaraya Kota Kinabalu.Fuh! Bandaraya KK pun seolah2 tak bernyawa kerana kereta sangat lengang dan orang tak ramai.
Dalam jam 7.30pm, kami bertolak ke Lapangan Terbang Terminal 2 KK dengan menaiki kereta Proton Exora milik kawan. Di Lapangan Terbang, kami sempat mengisi perut dengan KFC sebelum masuk ke dalam ruang menunggu. Jam 9.05pm, kami masuk ke dalam perut kapal terbang Air Asia AirBus dan tepat jam 9.30pm, kapal terbang itu berlepas ke Miri. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa 50 minit itu, saya terlelap kerana keletihan yang amat sangat.
Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Miri tepat jam 10.20pm. Di Apot Miri, kami ke kerusi di ruangan menunggu d bawah.kami baring2 di sana dan minta pada pak guard @ sekuriti guard untuk dibenarkan tinggal dan tidur dalam airport Miri. Besarnya kemaluan pada masa ni..aduh..tapi nasib baik kemaluan tu dibahagi 7. So, kurang sikit la..hihi.. Tepat jam12am, semua lampu ditutup.Nyamuk jangan cakaplah. BANYAK sangat!! Nasib baiklah ada lagi sekuriti lain yang datang dan mencadangkan kami tidur saja di surau. Kami dengan senang hati menerimanya. Memangpun kami mau p awal, tapi risau surau dah dikunci. Dalam surau berganda lebih selesa banding tidur di kerusi. Tapi memang sejuk sangat. Aircond tak tutup sebab tak tau suis di mana.
4 FEBRUARI 2011 (JUMAAT)
Awal pagi dalam jam5.10am, kami dah bangun. Cuci muka, solat dan bersiap ala kadar. Lepas solat, keluar dari surau untuk ke tandas, dah ramai orang rupanya di luar. Yalahkan..sebab flight ada jam6.20am. Kami ‘check out’ dari apot tu dalam jam 6.00am. Terus cari teksi ke Terminal Pujut. Sampai Terminal Pujut, kami terus mendapat bas dengan harga tiket yang murah, rm20 ja! Normal, rm25 ke rm27. Alhamdulillah.rezeki kami. Bas kami bertolak dari Terminal Pujut Miri tepat jam 6.30am. Sepanjang perjalan kami tidur sebab penat sangat sehingga akhirnya sampai ke Terminal Bintulu tepat jam 10.00am. Alhamdulillah.
~SPECIAL THANKS TO HIM YANG SANGAT BANYAK MEMBANTU SEPANJANG TRIP INI. TERIMA KASIH SAYANG..TANPA BANTUANMU, TRIP INI TAK MUNGKIN SELANCAR DAN SEINDAH INI~