Arham + Ardiana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amsyar Sulaiman ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

Prinsip 5S di Tempat Kerja

Kebersihan dan kekemasan di tempat kerja amat diidamkan oleh semua termasuklah saya untuk menyenangkan, memudahkan dan membangkitkan mood kerja. Menyedarinya, suka saya berkongsi dengan ilmu yang disampaikan oleh pengetua SMK. Timbua, Cikgu Zamli Mantamin semasa mesyuarat dulu mengenai Prinsip 5S. Nama nama Prinsip ini merupakan istilah dalam Bahasa Jepun dan digunapakai di Malaysia.

PRINSIP 5S (Tempat Kerja)

  1. PRINSIP SEIRI (asingkan) -Langkah pertama hendaklah mengasingkan benda-benda yang perlu dan tidak perlu. Kenalah berani untuk    membuang benda-benda yang sudah lapuk dan tidak digunakan lagi bagi mendapatkan ruang yang luas dan mengelakkan daripada tempat penuh dan berserabut.
  2.  PRINSIP SEITON (Susun Semula) - Setelah menyudahkan langkah pertama, benda benda yang diperlukan hendaklah disusun semula dengan kemas (systematic arrangement) di tempat yang sesuai.
  3. PRINSIP SEISO (Bersihkan) -Setelah itu, bersihkan tempat kerja sebersih bersihnya sehingga tidak ada habuk dan sampah.
  4. PRINSIP SEIKETSU (Pelihara) - Apabila tempat kerja sudah bersih dan kemas, hendaklah memelihara standard agar tempat kerja itu sentiasa dalam keadaan yang asal.
  5. PRINSIP SHITSUKE (Patuhi peraturan penjagaan) - Akhir sekali, sentiasalah mematuhi peraturan penjagaan kebersihan tempat kerja itu.

2 comments:

  1. r_hamz said...

    Yup...
    Yang last tu yang susah....
    Tapi akan melengkapkn yg di atas2nya...
    December 14, 2010 3:34 AM

    ReplyDelete
  2. ~aR~ said...

    5S (bahasa melayu):
    SISIH
    SUSUN
    SAPU
    SERAGAM
    SENTIASA AMAL
    January 19, 2011 2:59 PM

    ReplyDelete