Arham + Ardiana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amsyar Sulaiman ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

Saya & Rakan-Rakan

Saya ada ramai kawan.alhamdulillah..mana-mana  saya  pergi, saya  akan mendapat kawan.
  • Sekolah Rendah (1992-1997)

Masa sekolah rendah, saya  tak mempunyai ramai kawan.  Sebabnya, sekolah saya  amat kecil. Rakan sekelas saya cuma ada 9 orang sahaja termasuk saya. 3 lelaki dan 6 perempuan. Tapi walaupun kami sikit, tapi kami amat gembira bersama. Bila bermain, kami akan bermain sama-sama. Bila main zurpain (getah) yang lelaki ikut sama. Bila bermain tembak tembak dan panjat panjat pokok, yang perempuan pun ikut sama. Ini kerana, bila seorang kawan tak ikut bermain, korum dah tak cukup. We are very very happy. Kini kami semua dah besar dan dah berkerja. Lebih 50% juga yang dah berkahwin dan seorang dah meninggal dunia. Amat terkejut mendengar perkhabaran yang dia da meninggal. Rasa tak percaya sampai sekarang. Tapi hakikatnya, dia dah tak menghubungi saya lagi samada melalui sms mahupun melalui FB. Rasa sedih sungguh bila kehilangan seorang kawan.
  • Sekolah Menengah (1998-2004)

Habis sekolah rendah, saya ke sekolah menengah.  Zaman bersekolah menengah amatlah meyeronok kan..sangat2 ingin kembali ke zaman ini..aduh..rindunya pada kawan-kawan sekolah menengah. Di sekolah menengah, saya mempunyai ramai kawan. Semuanya cantik cantik dan baik baik belaka. Im very miss you all friends...terlalu banyak kenangan kita bersama. Rasa terlalu indah sehingga tak tahu nak tulis kenangan mana satu. Apa yang saya tahu, kenangan bersama kalian sangat indah dan tak mungkin untuk saya lupakan sampai bila bila.Hope kita akan berjumpa lagi nanti...love n miss you all friends....
  • Giat Mara (jan 2005- july 2005)

Habis bersekolah menengah, saya diterima masuk ke giat mara. Belajar kemahiran menjahit pakaian wanita. Di sini, saya dapat lagi kawan baru lagi. Alhamdulillah, saya boleh menyesuaikan diri dengan kawan kawan baru dan masuk ke dalam cara pergaulan mereka. Moment bersama mereka amat berharga. Banyak yang saya pelajari dari moment ini.Tq friends...(=
  • U (Ogos 2005 - Nov 2008)
Ngam ngam habis pengajian kemahiran di Giat Mara, saya terus ke Universiti. Zaman univeriti adalah amat perit untuk dikenang. Sangat menyeksakan. Tak sanggup untuk diulang lagi zaman ini. Terlalu banyak keperitan yang dihadapi. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Tapi alhamdulillah, dapat juga saya menghabiskan pengajian dengan sempurna. Alhamdulillah, saya banyak belajar mengenai kehidupan. Terima kasih kepada kawan kawan baru  kerana kita bersama sama menghadapi keperitan ini.  Kawan kawan di U juga baru saya kenali. Sepanjang 3tahun setengah kita bersama, kita menjadi rapat. Tapi sekarang, masing masing dah berkahwin. Hope kita dapat jumpa lagi friends..(=
  • Praktikal (Jun 2008- ogos 2008)
Masa praktikal, saya jumpa kawan baru lagi..tapi terlalu singkat masa untuk kita bersama. Kita rapat terlalu sekejap but kita sempat mencipta banyak kenangan bersama. Terutama kenangan kita perkhemahan di poring..waa..banyak kenangan time ni dan banyak perkara baru yang dilakukan time ni.walaupun penat, tapi sangat seronok..
  • PASTI (feb 2009-mac 2009)
Habis U, saya bercuti sebulan (dec) pastu cari kerja (jan). tapi malangnya, saya kena cacar selama 2-3 minggu. Sebelum tu, da aply kerja jadi guru PASTI dan sebaik sembuh dari cacar, alhamdulillah diterima bekerja di PASTI AL-MAWADDAH, PAPAR. Saya mendapat kawan baru juga di sini. Kehidupan di sini amat sibuk. Asik bekerja sahaja. Pagi, ajar budak2 comel, tengahari masak untuk budak2 comel, pastu sehingga petang, jaga budak2 comel yang lain pula dan malam, ajar budak2  membaca iqra. Amat penat tapi happy. Sebab segala susah dan senang dihadapi bersama..saya dan kawan2 masa ni amat rapat. Sempat ikut tamrin guru2 PASTI di air terjun kionsom, inanam lagi.Ruginya tak sempat ikut Majlis Guru PASTI di Tawau..im happy with u all..Sayangnya saya hanya sempat bersama kalian selama 2 bulan sahaja...
  • SMK. Timbua (april 2009-july 2010)
1 april 2009..saya diterima bekerja sebagai GSTT di sini.  Saya mendapat kawan baru lagi.. im happy with you all because even you all ni da matang n dah beranak pinak, tapi kalian masih boleh melayan saya sebagai kawan kalian. Tak lama selepas kerja di sini, datang lagi beberapa guru baru yang bujang. Happy nya..akhirnya dapat juga kawan bujang di sini.hehehe.. saya amat rapat dengan kawan kawan bujang ini. Dengan kawan kawan yang da berkahwin juga rapat. Hubungan sesama guru di sini amat rapat. Mereka amat concern dengan guru guru lain terutama guru yang masih muda. Saya rindukan semua ini..sampai sekarang, apabila cuti, saya masih berjumpa dengan kawan-kawan di sini.. Rindu dengan kalian semua dan sekolah ini...
  • SMK. Bintulu (july 2010-present)
Wah! Akhirnya..alhamdulillah saya mendapat kerja tetap...alhamdulillah..syukur sangat kepada Allah SWT.. di sini segala galanya baru.. suasana.. bahasa. .negeri.. kawan. .bangsa.. budaya.. dll.. semuanya baru.. inilah second time saya keluar dari Sabah. tapi dulu keluar dalam seminggu ja..Susah nak sesuaikan diri pada mulanya..tapi alhamdulillah, kawan kawan baru memberi semangat..semua kawan kawan di sini sangat baik..saya harap kita akan terus menempuh cabaran di SMK.Bintulu bersama. Saya sangat bersyukur mempunyai kawan kawan sebaik kamu..alhamdulillah..

TERIMA KASIH SAHABAT SAHABAT KU SEKALIAN..SEMOGA UKHUWWAH KITA AKAN BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT..AMIN..

2 comments:

  1. r_hamz said...

    Dia berkata, sahabat senang dicari.
    Kata diri ini;
    "Benar, sahabat mudah dicari.
    Tetapi,
    Manakan kutemui sahabat sejati?"
    Lantas, katanya menasihati;
    "Sahabat sejati tiada payah dicari.
    Begini,
    Ikhlas tika mencari.
    Mulakan dengan diri sendiri.
    Fahami maksud 'sejati'.
    Terapkn dalam hidup sehari hari.
    InsyaAllah, Dia pasti kan memberi.
    Sahabat sejati yang kau ingini"
    December 2, 2010 12:00 PM

    ReplyDelete
  2. aR~ said...

    Sayangi dan hargailah sahabat yang anda miliki..(=
    December 14, 2010 3:55 PM

    ReplyDelete