Arham + Ardiana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amsyar Sulaiman ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

Hargailah Orang Yang Kita Miliki

pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

PELAJAR: " Cikgu, macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macamana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

CIKGU: "Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dan petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas"

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang dipilih?

PELAJAR: "Tadi masa saya berjalan-jalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang. tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

CIKGU: "Ya itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi....

"HARGAILAH SESEORANG YANG KITA KASIHI SEWAKTU DIA MASIH BERADA DI SISI KITA..MUNGKIN SAAT INI DIA MASIH MAMPU BEGELAK BERSAMA KITA..JANGAN DISESALI BILA DIA SUDAH TIADA NANTI.."

No comments:

Post a Comment