Arham + Ardiana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Amsyar Sulaiman ^^

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 8, 2011

AWAS!! Serangan Kulat!!

Dinding almari pun berkulat!
Percaya tak kalu saya cakap benda yang kita letak akan kelihatan seolah2 tak pernah disentuh bertahun2 tahun dalam masa 2 hari? Hakikatnya itulah sebenar yang berlaku dalam sebuah bilik di rumah sewa saya. Sangat mengejutkan. Sangat hebat serangan kulat itu! Bila benda terutamanya yang berwarna hitam diletak dalam bilik tu, dalam masa dua hari, akan kelihatan tompok tompok kulat. Apabila sampai masa seminggu, keseluruhan benda itu terutamanya beg akan hampir 100% dilitupi oleh kulat. Sangat sangat mengejutkan! Dinding almari pun sangat cepat berkulat. Baju yang tak diusik jangan cakaplah, akan berbau kulat dan akan menyebabkan gatal bila dipakai. Pening kepala kami memikirkan hal ini. Nyamuk dalam rumah ni pun sangat banyak! Macam sangkar nyamuk pulak! dah tak takut dengan ubat nyamuk. kalau tak pasang kipas penuh, memang tak dapat tidur. Badanpun akan penuh dengan gigitan nyamuk! Sampah kalau tak dibuang dalam masa 2 hari, ulat @ giuk akan mula berpesta! 
Beg laptop yang dipenuhi kulat!

Kenapa keadaan ini berlaku? Saya buat kesimpulan, kemungkinan:
1. sistem pengudaraan dalam rumah ni tak baik. 
(Tingkap ada 3 sahaja. Dalam bilik dan di dapur saja)
2. persekitaran kawasan ini tak bersih. 
(Longkang besar depan rumah tertutup oleh besi dan tak dibersihkan)
3. Kedudukan rumah yang berhampiran dengan tempat buang sampah (tong hijau besar tu)
Hmm..Sebenarnya sayang juga nak tinggalkan rumah ni + malas mau angkut2 barang pindah sebab tempat ini agak selesa dan kedudukan yang sangat strategik (dekat bandar dan sekolah) Sewa pun agak murah. Rm580 dan fully furniture. Rumah pun lawa. Apartment, first floor.. Tapi serangan kulat dan nyamuk sangat menyeksakan. Terpaksalah cari rumah baru dan berpindah... Takut kalau tinggal dalam rumah ni lama lagi, dengan penghuni2nya sekali  akan berkulat..huhuhu

2 comments:

  1. r_hamz said...

    yup...
    itu mgkn tnda pengudaraan di rumah tu x ok...
    cdgn saya,SETIAP hjg minggu,
    1.buka tingkap luas2; bagi udara segar masuk
    2.beli racun nyamuk (yg sembur), sembur sekeliling rumah
    3.beli penyerap udara lembap..contoh: 'blue hypo'..
    4.kalau tingap rumah anda jenis yg ada tingap kecil di atas, biarkn ia terbuka selalu..utk mmbolehkn udara keluar masuk...klu dgn mmbuka tgkp, nyamuk akn dtg byk, beli sahaja racun nyamuk elektrik...guna setiap malam...
    Sekali lagi, ini cuma cdgn..
    Terima kasih...
    February 18, 2011 6:43 AM

    ReplyDelete
  2. aR~ said...

    owh! Terima kasih.. Cadangan yang HEBAT. EASY nak buat..^^,
    February 18, 2011 2:51 PM

    ReplyDelete