3S? wah, mesti ramai yang tak tau kan apa itu 3S? Kempen 3S ialah Senyum, Salam dan Sayang.^^, Cantikan nama tu. Sebenarnya, UBK sekolah saya sedang mengadakan kempen 3S bermula bulan februari sehingga akhir tahun ni, 2011. Secara peribadi, saya sangat menyokong kempen ini. sangat wajar dilakukan pada zaman ini di mana kebanyakan remaja sudah hilang sifat santun dalam diri. Sudah tidak dapat menilai kasih sayang dan mula melupakan budaya salam kepada guru, orang laur mahupun sesama mereka. Mereka juga mula lokek memberi senyuman kepada orang.
Assalamualaikum |
Banyak aktiviti yang akan di jalankan sempena kempen 3S ini. antaranya, edaran 'flyers' ~Senyum, Salam dan Sayang~, menggantung banner, siaran lagu dan permintaan lagu setiap rehat, dan pertandingan 3S antara kelas.
Saya sendiri diberi tanggungjawab untuk membuat 3 flyers untuk Senyum, Salam dan Sayang. Saya akui sekarang saya sangat teruja untuk mencari maklumat dan gambar yang berkaitan dengan 3S ini untuk dimasukkan ke dalam flyers saya nanti..Saya harap Kempen 3S ini akan berjaya menyedarkan pelajar pelajar di sekolah mengenai kepentingan Senyum, Salam dan Sayang..^^,
Di mana ada kasih sayang, dia situ ada kejayaan dan kekayaan |
"BERSAMA KITA MEMBUDAYAKAN SENYUM, SALAM DAN SAYANG DALAM HIDUP KITA"
hamz said...
ReplyDeleteMula mula ku terSENYUM memendam...
Berani ku datang, ku memberi SALAM...
SAYANG ku terbit, tringat siang dan malam...
February 18, 2011 7:23 AM
aR~ said...
ReplyDeletehehe.. dari pandangan mata, terus turun ke hati..itulah kuasa SENYUMAN..<3
February 18, 2011 2:47 PM