Selamat Hari Lahir yang ke 26th sayang.. 21 Mei 2011
sehingga hari ini dan selamanya um akan terus mencintai sayang. Hadiah hari lahir sayang tahun ni sangat istimewa kan? Selain dari 7 dulang hadiah, um juga akan hadiahkan hati dan hambakan diri um sepenuhnya kepada ab.Semoga perkahwinan kita 30 mei 2011 ni akan diberkati oleh Allah SWT dan berkekalan bahagia di dunia dan di akhirat..amin..Um berjanji akan menjaga ab sebaik mungkin selagi um masih hidup dan masih diberikan nikmat oleh Allah SWT. InsyaAllah..Teringat satu peristiwa.......
Masa hari lahir um tahun lalu sayang terlupa ucap.um merajuk. pastu sayang merasa sangat bersalah. sehingga sayang seperti fobia mau sambut hari lahir. sayang tegah um dari ucap birthday pada sayang tahun itu. sayang kata, baru adil..
Satu lagi peristiwa bersejarah selepas peristiwa itu.
Um minta sayang bagitau pada perents tentang hubungan kita. sebelum tu saya memang tak pernah bagitau secara terbuka kepada family terutama parents. Terus sayang berjanji akan bagitau mahu bertunang dengan um bulan mac pada mak. mak suruh ab bagitau pada ayah pula. Sayang memang susah nak bagitau / buka mulut dan berbual dengan ayah tentang perkara ni. Tapi sayang kuatkan semangat, sayang cuba bagitau juga. Ayah setuju sangat dan terus kata nak hantar rombongan merisik dulu. Tapi bila kita bincang bincang, kita setuju supaya kita terus bertunang disebabkan parents sayang jauh. Ini semua untuk jimatkan budget.. Dan akhirnya, kita selamat ditunangkan pada 13 Jun 2010. Walauapapun, kita rahsiakan dari semua. terutama kawan2 kita. Um tau sayang memang tak suka heboh-heboh. Um hormati perasaan sayang. Kebetulan, um juga tak suka heboh. Um akui memang banyak dugaan dan cabaran yang melanda sepanjang tempoh pertunangan kita... dan akhirnya, entri ni um tulis seminggu sebelum majlis pernikahan kita. Masa birthday sayang..21 Mei 2011..
SELAMAT HARI JADI KE 26th SAYANG..
Semoga sayang sentiasa sihat, ceria, bahagia, murah rezeki, panjang umur dan sentiasa diberkati ALLAH SWT. Semoga pertambahan usia dan pertukaran status ini akan lebih mematangkan sayang terutama dalam melayari bahtera rumahtangga bersama um. Semoga segala urusan dan cita cita sayang dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Semoga menjadi suami yang baik, bertanggungjawab, sentiasa menyayangi, menyintai dan memerlukan um sepenuh hati serta dapat memimpin rumahtangga dan isteri serta anak anak dengan penerapan agama dan iman yang sentiasa bertambah..amin..ulasan ::um sayang ab sangat-sangat::
bahasa tidak penting.biarlah dia tunggang langgang. yang penting, saya mau menulis ini.hahaha
ReplyDelete